WP Prayer II (Permintaan Doa)

Description

Pengguna boleh menghantar permintaan melalui borang doa menggunakan kod pendek. Mereka juga boleh mengklik butang doa yang membolehkan pengirim asal mengetahui permintaan mereka telah didoakan oleh orang lain. Setiap permintaan memaparkan kiraan berapa kali ia telah didoakan. Semua permintaan boleh dikategorikan dan ditandakan seperti kiriman.

Pengguna yang dibenarkan boleh menjejak dan mengurus permintaan doa melalui halaman pentadbir. Mereka boleh meluluskan permintaan, memasukkan ulasan serta melihat beberapa maklumat lain yang disimpan dengan setiap permintaan.

Doa Secara Live

Lihat versi WP Praer kami yang berfungsi, kirim permintaan doa atau doakan orang lain di sini: Permintaan Doa

Ciri-ciri

  • Permintaan boleh dimasukkan oleh mereka yang memerlukan doa terus melalui laman web sedia ada anda. Boleh ↵ ditambah oleh kakitangan di mana-mana peringkat izin laman web.
  • Pemberitahuan e-mel kepada pengguna dan pentadbir apabila permintaan dibuat.
  • Semua permintaan boleh disederhanakan untuk memastikan permintaan itu sesuai untuk pendoa syafaat.
  • Sediakan kategori yang sesuai untuk pelayanan anda.
  • Pencegahan spam pada borang permintaan doa
  • Captcha pada borang permintaan doa

Bantu kami dengan Menderma Alkitab

Adakah anda mempunyai lebihan Alkitab yang tidak dipakai? Daripada membawa ia ke kedai buku terpakai, pertimbangkan untuk menderma sebuah Alkitab ke tangan orang yang lapar akan Firman Tuhan. Hadiah anda amat bermakna bagi seseorang yang ingin memiliki Alkitab dalam bahasa mereka sendiri. Alangkah indahnya cara ini untuk menunjukkan kasih Tuhan. Derma Alkitab di sini: Derma Alkitab

Sokongan dan Permintaan

Kami akan respon pada semua permintaan sokongan yang dihantar melalui borang hubungan WP Prayer kami: Borang Hubungan

Installation

  1. Muat naik folder Doa ke direktori ‘/wp-content/plugins/’ atau gunakan pilihan ‘Tambah Baharu’ di bawah menu ‘Pemalam’ dalam bahagian pengurusan WordPress anda dan ‘Muat naik’

  2. Aktifkan pemalam melalui menu ‘Pemalam’ dalam WordPress.

  3. Konfigurasikan tetapan untuk Permintaan Doa WP dalam papan pemuka WordPress dengan mengklik pada pilihan ‘Tetapan’ dalam bahagian pengurusan WordPress anda.

  4. Masukkan maklumat yang sesuai ke dalam medan borang pada halaman ‘Tetapan’.

  5. Pastikan kod pendek yang sesuai diletakkan pada halaman yang sesuai.

  6. Tampal kod pendek dengan sewajarnya:

  • Tampalkan kod pendek ini ke dalam halaman yang anda ingin gunakan untuk memaparkan senarai doa anda: [upr_form]

  • Tampalkan kod pendek ini ke dalam halaman yang anda ingin gunakan untuk memaparkan borang pengiriman anda untuk permintaan doa: [upr_list_prayers]

FAQ

Bagaimanakah sistem pencegahan dan pengesanan Spam/DDoS berfungsi?

Sistem pencegahan dan pengesanan Spam/DDoS menghalang serangan DDoS pada borang permintaan doa dengan menyekat permintaan yang kerap daripada satu atau beberapa alamat IP. Jika bilangan maksimum permintaan daripada alamat IP berkaitan melebihi selang masa tertentu, maka permintaan yang berlebihan akan disekat. Bot spam biasanya menghantar maklumat sejurus selepas halaman dimuatkan, ini berlaku kerana bot spam sebenarnya tidak mengisi borang web, mereka hanya menghantar data $_POST ke blog. Pelawat biasa menghantar data selepas beberapa saat atau minit. Apabila permintaan doa disiarkan, jika tanda waktu tiada atau jika pengguna tidak meluangkan masa yang cukup di halaman, permintaan doa akan disekat.

Bagaimanakah kaedah pencegahan spam (aka teknik honeypot) berfungsi?

Pencegahan spam adalah berdasarkan fakta bahawa hampir semua bot akan mengisi input dengan nama ‘e-mel’ atau ‘url’. Medan tambahan tersembunyi ditambahkan pada borang permintaan doa. Medan ini disembunyikan untuk pengguna dan pengguna tidak akan mengisinya. Tetapi medan ini adalah kelihatan untuk spammer. Jika spammer mengisi medan perangkap ini dengan apa-apa sahaja – permintaan doa akan disekat kerana ia adalah spam. Ini akan menyekat mesej spam automatik (dihantar oleh bot spam melalui permintaan kiriman). Ini tidak menyekat spam manual (dikirim oleh spammer secara manual melalui pelayar web).

Jika emel dimasukkan ke spam.

Untuk mengelakkan emel anda ditandakan sebagai spam, adalah amat disyorkan bahawa nama domain anda dalam ‘Pengirim Emel’ mesti sepadan dengan tapak web anda, iaitu jika tapak web anda ialah example.com maka e-mel anda mesti dihoskan di @example.com.

Mengapakah alamat Pengirim masih dipaparkan sebagai lalai atau dipaparkan sebagai ‘dihantar bagi pihak’ dalam alamat lalai?

Mungkin pelayan emel anda telah menambah pengepala Pengirim: atau dikonfigurasikan untuk sentiasa menetapkan penghantar sampul surat kepada pengguna yang memanggilnya.

Kenapa emel tidak berjaya dikirimkan?

Sesetengah hos mungkin enggan menyampaikan emel daripada domain yang tidak diketahui. Lihat https://trac.wordpress.org/ticket/5007 untuk butiran lanjut.

Reviews

There are no reviews for this plugin.

Contributors & Developers

“WP Prayer II (Permintaan Doa)” adalah perisian sumber terbuka. Orang-orang berikut telah menyumbang kepada pemalam ini.

Penyumbang

“WP Prayer II (Permintaan Doa)” telah diterjemahkan ke dalam 16 penempatan. Terima kasih kepada para penterjemah untuk terjemahan mereka.

Translate “WP Prayer II (Permintaan Doa)” into your language.

Berminat dalam pembangunan?

Layari kod, periksa repositori SVN, atau langgani log pembangunan dengan RSS.

Changelog

2.4.6

  • Fix email field validation

2.4.5

  • Fix prayer button count

2.4.4

  • Fix error message on prayer request with hyperlinks

2.4.3

  • Custom thank you message after prayer submission

2.4.2

  • Checkbox on form – Do not share this request

2.4.1

  • Block name field on form with hyperlinks

2.4.0

  • Allow HTML Links/Hyperlinks in user email and admin email confirmation message box

2.3.9

  • Tambahkan arahan pemasangan kod pendek pada Tetapan

2.3.8

  • Alih keluar mesej pengesahan pada input untuk nama borang

2.3.7

  • Betulkan mesej ralat untuk tanpa kiriman

2.3.6

  • Sekat permintaan doa yang dibuat dengan hiperpautan

Untuk butiran log perubahan yang lebih lama, sila lihat fail changelog.txt tambahan yang ada dikirim berserta dengan Pemalam ini.