Description
Menukar saiz teks laman WP. Pergi ke tetapan Widget dan Simpan selepas setiap kemas kini.
Installation
- Dalam papan pemuka WordPress anda, pilih Pemalam / Tambah.
- Cari Accessibility Widget, dan pilih Pasang.
- Pergi ke Penampilan / Widget.
- Tambah blok Accessibility Widget ke ruang widget anda dan pilih Kemas Kini.
FAQ
-
Bagaimana saya gunakan pemalam ini?
-
Setelah anda selesai pemasangan, berikut adalah pilihan yang anda boleh tetapkan dalam widget:-
Saizkan semula tag HTML/CSS berikut:
Nyatakan semua tag HTML atau CSS yang anda ingin saizkan semula dalam bahagian ini. Secara lalai, tag HTML bagi body, p, li dan td telah ditetapkan.
Tema WordPress berlainan mungkin mempunyai kelas dan ID lembaran gaya masing-masing yang berlainan dan unik. Anda boleh pasang Developer Tools yang dibina dalam pelayar anda dan gunakan pilihan Inspect Element untuk mengesan kod HTML/CSS apa yang digunakan.Tetapkan kepada saiz berikut:
Di sini anda tetapkan font-size yang anda ingin bolehkan para pengguna menggunakan (sila baca sifat CSS font-size property di W3Schools). Kumpulan font-size paling ringkas yang anda boleh gunakan adalah smaller, inherit, larger. Secara lalai, saiz ditetapkan sebagai 90%, 100%, 110%, dan 120%.Tetapkan teks pengawal:
Secara lalai, widget memaparkan huruf “T” bergantung kepada bilangan saiz fon yang anda guna; maksudnya, jika anda hanya dua font-size, maka hanya dua huruf T muncul, dan seterusnya. Bermula dengan versi 1.2, anda boleh tetapkannya perkataan yang lebih bermakna, seperti Kecil, Biasa, Besar untuk setiap saiz yang anda nyatakan. Secara lalai, teks pengawal ditetapkan sebagai 90%, 100%, 110%, dan 120%.Tetapkan teks petua alat:
Secara lalai, widget memaparkan huruf “T” bergantung kepada bilangan saiz fon yang anda guna; maksudnya, jika anda hanya dua font-size, maka hanya dua huruf T muncul, dan seterusnya. Bermula dengan versi 1.2, anda boleh tetapkannya perkataan yang lebih bermakna, seperti Kecil, Biasa, Besar untuk setiap saiz yang anda nyatakan. Secara lalai, teks petua alat ditetapkan sebagai 90%, 100%, 110%, dan 120%.
Reviews
Contributors & Developers
“Accessibility Widget” adalah perisian sumber terbuka. Orang-orang berikut telah menyumbang kepada pemalam ini.
Penyumbang“Accessibility Widget” telah diterjemahkan ke dalam 1 penempatan. Terima kasih kepada para penterjemah untuk terjemahan mereka.
Translate “Accessibility Widget” into your language.
Berminat dalam pembangunan?
Layari kod, periksa repositori SVN, atau langgani log pembangunan dengan RSS.
Changelog
Log penukaran telah dialihkan ke Laman Hadapan Pemalam: https://z.webgrrrl.net/le.