Platform Penerbitan Peribadi Semantik
Selamat datang. WordPress ialah sebuah projek yang amat istimewa bagi saya. Setiap pembangun dan penyumbang menambahkan sesuatu yang unik ke dalam adunannya, dan bersama-sama kami mencipta sesuatu yang cantik yang saya berbangga kerana dapat turut serta. Ribuan jam telah dikorbankan untuk WordPress, dan kami sentiasa berusaha untuk menjadikannya lebih baik setiap hari. Terima kasih kerana menjadikannya sebahagian daripada dunia anda.
— Matt Mullenweg
wp-config-sample.php
dengan menggunakan penyunting teks seperti WordPad atau yang serupa dengannya, kemudian isikan perincian bagi sambungan pangkalan data anda.wp-config.php
admin
dan kata laluan yang dijanakan ketika pemasangan. Anda kemudian boleh klik pada 'Profil' untuk mengubah kata laluan tersebut.Sebelum anda meningkatkan WordPress, sila pastikan anda membuat salinan sandaran bagi mana-mana fail yang mungkin telah diubah suai seperti index.php
.
Jika anda telah mengubah suai templat-templat anda, anda mungkin perlu membuat beberapa perubahan. Jika anda ingin menukar templat untuk versi 1.2 ke bawah, kami telah menyediakan sebuah panduan khas untuk anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan yang tidak diutarakan dalam dokumen ini, sila kaji sumber-sumber dalam talian WordPress berikut:
WordPress ialah penyambungan rasmi bagi b2/cafélog, yang dicipta oleh Michel V. Kerja beliau disambung oleh para pembangun WordPress. Jika anda mahu menyokong WordPress, anda boleh menderma.
WordPress boleh mengimport daripada pelbagai sistem. Anda perlu memasang WordPress dahulu seperti yang telah dihuraikan di atas.
Sekarang anda boleh mengirim ke dalam blog WordPress anda dengan peralatan seperti Windows Live Writer, Ecto, Bloggar, Radio Userland (bermakna anda boleh gunakan ciri emel-kepada-blog Radio), NewzCrawler, dan pelbagai lagi peralatan yang menyokong API pemblogan! :) Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai sokongan XML-RPC di Codex.
Anda boleh mengirim menggunakan pelanggan e-mel! Untuk menyediakan fungsi ini, sila ke paparan pilihan "Penulisan" dan isikan huraian sambungan bagi akaun POP3 rahsia anda. Kemudian anda perlu menyediakan wp-mail.php
untuk dijalankan secara berkala untuk memeriksa kiriman baru dalam kotak mel. Anda boleh melakukannya dengan tugasan Cron, atau jika hos anda tidak menyokongnya anda boleh menggunakan khidmat pemantau tapak web, dan meminta mereka menyemak URL wp-mail.php
anda.
Pengiriman adalah mudah: Sebarang e-mel yang dihantar kepada alamat yang telah anda tentukan akan dikirim, dengan subjek e-mel tersebut sebagai tajuk kiriman. Sila rahsiakan alamat tersebut. Skrip ini akan menghapuskan e-mel yang berjaya dihantar.
Kami teleh membuang ciri pemeringkatan pengguna untuk digantikan dengan sistem peranan yang jauh lebih fleksibel yang diperkenalkan dalam versi 2.0. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Peranan dan Kebolehan di Codex.
WordPress tidak mempunyai kempen pemasaran berjuta dolar atau penajaan selebriti, tapi kami tentu mempunyai sesuatu yang lebih istimewa—anda. Jika anda berpuas hati dengan WordPress, sila beritahu kawan, sediakannya bagi seseorang yang kurang arif, atau perkenalkannya kepada pengarang rencana media yang belum mengenali kami.
WordPress dikeluarkan di bawah GPL (lihat license.txt).