WordPress
Versi 2.8.4

Platform Penerbitan Peribadi Semantik

Mukadimah

Selamat datang. WordPress ialah sebuah projek yang amat istimewa bagi saya. Setiap pembangun dan penyumbang menambahkan sesuatu yang unik ke dalam adunannya, dan bersama-sama kami mencipta sesuatu yang cantik yang saya berbangga kerana dapat turut serta. Ribuan jam telah dikorbankan untuk WordPress, dan kami sentiasa berusaha untuk menjadikannya lebih baik setiap hari. Terima kasih kerana menjadikannya sebahagian daripada dunia anda.

— Matt Mullenweg

Pemasangan

  1. Buka zip pakej tersebut ke dalam sebuah direktori kosong.
  2. Buka wp-config-sample.php dengan menggunakan penyunting teks seperti WordPad atau yang serupa dengannya, kemudian isikan perincian bagi sambungan pangkalan data anda.
  3. Simpan fail tersebut sebagai wp-config.php
  4. Muat naik semua fail.
  5. Buka /wp-admin/install.php dalam pelayar web anda. Laman ini akan menyediakan jadual-jadual yang diperlukan untuk blog anda. Jika terdapat ralat, semak fail wp-config.php anda, dan cuba lagi. Jika ia gagal lagi, sila lawat forum sokongan berserta sebanyak mungkin data yang boleh anda kumpulkan.
  6. Sila catatkan kata laluan yang diberikan kepada anda.
  7. Skrip pemasangan tersebut akan membawa anda kepada laman log masuk. Sila log masuk dengan nama pengguna admin dan kata laluan yang dijanakan ketika pemasangan. Anda kemudian boleh klik pada 'Profil' untuk mengubah kata laluan tersebut.

Peningkatan

Sebelum anda meningkatkan WordPress, sila pastikan anda membuat salinan sandaran bagi mana-mana fail yang mungkin telah diubah suai seperti index.php.

Peningkatan daripada mana-mana versi WordPress yang terdahulu kepada versi 2.8.4:

  1. Hapuskan semua fail WP yang lama, kecuali yang telah anda ubah suai.
  2. Muat naik fail-fail baru.
  3. Arahkan pelayar web anda kepada /wp-admin/upgrade.php.
  4. Itu saja!

Perubahan Templat

Jika anda telah mengubah suai templat-templat anda, anda mungkin perlu membuat beberapa perubahan. Jika anda ingin menukar templat untuk versi 1.2 ke bawah, kami telah menyediakan sebuah panduan khas untuk anda.

Sumber-Sumber dalam Talian

Jika anda mempunyai pertanyaan yang tidak diutarakan dalam dokumen ini, sila kaji sumber-sumber dalam talian WordPress berikut:

Codex WordPress
Codex ialah ensiklopedia bagi semua maklumat yang berkaitan dengan WordPress. Ia adalah sumber maklumat yang paling terperinci mengenai WordPress.
Blog Pembangunan
Di sini anda akan mengetahui laporan kemas kini dan berita terakhir yang berkaitan dengan WordPress. Tandakan laman ini dan lawat selalu.
Planet WordPress
Plenet WordPress ialah sebuah pengumpul berita yang mengutip kiriman daripada blog-blog WordPress di seluruh dunia.
Forum Sokongan WordPress
Jika anda masih tidak bertemu jawapan, forum sokongan kami adalah amat aktif dan mempunyai komuniti yang luas yang sedia membantu anda. Untuk memudahkan mereka membantu anda, sila pastikan anda menggunakan tajuk urutan yang deskriptif dan huraikan pertanyaan anda dengan terperinci.
Saluran IRC WordPress
Akhir sekali, terdapat bilik sembang dalam talian yang digunakan untuk perbincangan pengguna WordPress dan kadang-kadang menyokong topik-topik tertentu. Laman wiki di atas akan memandu anda ke arah yang sebetulnya. (irc.freenode.net #wordpress)

Cadangan Sistem

WordPress ialah penyambungan rasmi bagi b2/cafélog, yang dicipta oleh Michel V. Kerja beliau disambung oleh para pembangun WordPress. Jika anda mahu menyokong WordPress, anda boleh menderma.

Peningkatan daripada Sistem Lain

WordPress boleh mengimport daripada pelbagai sistem. Anda perlu memasang WordPress dahulu seperti yang telah dihuraikan di atas.

Antara Muka XML-RPC dan Atom

Sekarang anda boleh mengirim ke dalam blog WordPress anda dengan peralatan seperti Windows Live Writer, Ecto, Bloggar, Radio Userland (bermakna anda boleh gunakan ciri emel-kepada-blog Radio), NewzCrawler, dan pelbagai lagi peralatan yang menyokong API pemblogan! :) Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai sokongan XML-RPC di Codex.

Kiriman Melalui E-Mel

Anda boleh mengirim menggunakan pelanggan e-mel! Untuk menyediakan fungsi ini, sila ke paparan pilihan "Penulisan" dan isikan huraian sambungan bagi akaun POP3 rahsia anda. Kemudian anda perlu menyediakan wp-mail.php untuk dijalankan secara berkala untuk memeriksa kiriman baru dalam kotak mel. Anda boleh melakukannya dengan tugasan Cron, atau jika hos anda tidak menyokongnya anda boleh menggunakan khidmat pemantau tapak web, dan meminta mereka menyemak URL wp-mail.php anda.

Pengiriman adalah mudah: Sebarang e-mel yang dihantar kepada alamat yang telah anda tentukan akan dikirim, dengan subjek e-mel tersebut sebagai tajuk kiriman. Sila rahsiakan alamat tersebut. Skrip ini akan menghapuskan e-mel yang berjaya dihantar.

Peranan Pengguna

Kami teleh membuang ciri pemeringkatan pengguna untuk digantikan dengan sistem peranan yang jauh lebih fleksibel yang diperkenalkan dalam versi 2.0. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Peranan dan Kebolehan di Codex.

Akhir Sekali

Kongsi Cinta Anda

WordPress tidak mempunyai kempen pemasaran berjuta dolar atau penajaan selebriti, tapi kami tentu mempunyai sesuatu yang lebih istimewa—anda. Jika anda berpuas hati dengan WordPress, sila beritahu kawan, sediakannya bagi seseorang yang kurang arif, atau perkenalkannya kepada pengarang rencana media yang belum mengenali kami.

Hak Cipta

WordPress dikeluarkan di bawah GPL (lihat license.txt).