Title: Pemasangan
Author: tarmiziaffandi
Published: 3 November 2008
Last modified: 20 November 2011

---

# Pemasangan

Sekiranya anda menggunakan versi 2.7 ke atas, anda boleh meningkatkan perisian anda
dengan mudah melalui ciri peningkatan automatik. Hanya pandu melalui menu `Alatan
> Peningkatan`, kemudian klik butang `Peningkatan Automatik`. Sila pastikan anda
memilih pakej bahasa Melayu (mempunyai kod `ms_MY`).

Sekiranya anda menggunakan versi lama, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

 1. Ekstrak fail zip yang dimuat turun ke dalam sebuah direktori kosong.
 2. Buka fail `wp-sample-config.php` menggunakan penyunting teks (seperti Notepad),
    isikan maklumat-maklumat mengenai pangkalan data (_database_) anda, dan simpan 
    fail tersebut dengan nama `wp-config.php`.
 3. Muat naik semua fail ke dalam komputer pelayan (_server_).
 4. Buka `/wp-admin/install.php` melalui pelayar web anda dan ikuti arahan yang diberikan.

Anda boleh merujuk laman _[Installing WordPress](https://codex.wordpress.org/Installing_WordPress)_
di Codex untuk panduan yang lebih terperinci.