Sekiranya anda menggunakan versi 2.7 ke atas, anda boleh meningkatkan perisian anda dengan mudah melalui ciri peningkatan automatik. Hanya pandu melalui menu Alatan > Peningkatan, kemudian klik butang Peningkatan Automatik. Sila pastikan anda memilih pakej bahasa Melayu (mempunyai kod ms_MY).

Sekiranya anda menggunakan versi lama, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Ekstrak fail zip yang dimuat turun ke dalam sebuah direktori kosong.
  2. Buka fail wp-sample-config.php menggunakan penyunting teks (seperti Notepad), isikan maklumat-maklumat mengenai pangkalan data (database) anda, dan simpan fail tersebut dengan nama wp-config.php.
  3. Muat naik semua fail ke dalam komputer pelayan (server).
  4. Buka /wp-admin/install.php melalui pelayar web anda dan ikuti arahan yang diberikan.

Anda boleh merujuk laman Installing WordPress di Codex untuk panduan yang lebih terperinci.